Friday, December 30, 2011

Kematian

Assalamualaikum semua

hari ni aku nak cerita pasal kematian, hmm kematian memang ku yakin ia berlaku pada semua orang
tak akan ada seorang pun akan terlepas dari kematian

Hmm kenapa aku buat tajuk kematian eh --? , kepala aku ni tiba2 teringat pulak pasal mati....
kadang2 bila teringat pasal mati ni kan badan aku mengeletar satu badan memang rasa takut
aku rasa takut kerana aku tahu aku bayak buat salah dekat dunia ni, memang banyak sampai tak terkira la
bila orang cerita kan pasal seksaan dekat akhirat nya memang korang sendiri tahu perasaan korang time tu

Hmm semenjak dua menjak ni aku selalu mimpi aku mati je .... macam2 la tapi yang pasti dalam mimpi aku tu mesti aku mati punya la -- kadang2 jatuh katil kot *kenyataan*
Bila aku tengok cerita pasal mati ni, kepala aku ni asyik pikir macam mana rasa mati nanti... bagaimana diseksa nanti YA ALLAH memang aku tak terkata bila pikir semua ni

2012 bakal datang, aku akan berazam nak ubah perangai dulu aku kepada perangai yang elok2
aku akan ubah sedikit demi sedikit.....

Aku berterima kasih kepada Allah yang maha kuasa kerana telah memanjangkan nyawa aku sehingga umur aku 16 tahun *pada tahun 2011* memang aku bertuah dapat duduk lama dekat dunia ni.....

Kematian sentiasa aku pikirkan dikepala, aku perlu bersedia apa yang bakal hadapi pada hari kelak kerana aku tahu nyawa aku bakal ditarik pada bila2 masa je

Terima Kasih kerana membaca *walaupun tunggang terbalik cerita yang aku cerita ni* harap korang paham apa yang aku sampai kan ni

No comments:

Post a Comment