Assalamaualaikum semua,
Sebenarnya aku ni jarang menulis blog, blog aku tak sehebat blog korang tapi aku harap korang sudi membaca
Tajuk yang aku tulis tu ialah pasal maaf yang telah aku maaf kan
Hmm korang mesti pernah gaduh kan, tak kira la gaduh macam mana sekali pun...sampai gunung berapi pun turut join pergaduhan korang aku harap korang saling maaf- maaf la ok..tak mau la gaduh2 :)
Aku nak cerita pasal orang yang telah aku maafkan, tak kira la Family,Sedara ,kawan2 dan orang yang mengenali aku la.... aku mesti memaafkan orang tu walaupun orang tu jahat sekali pun .....
Kisah hidup aku ni memang penuh drama, aku rasa la kan kalau aku buat drama entah berapa part pon aku tak tentu habis aku rasa
hehe aku tahu ramai yang dah menyakit kan hati aku dan aku tahu aku pun dah menyakitkan hati orang lain
tapi aku telah memaafkan segalanya yang orang buat dekat aku macam SITUASI2 dkt bawah :
Situasi2 yang aku tulis dkt bawah ni apa yang orang pernah cakap dekat aku
Situasi2 aku
1. Weh muka kau ni huduh la, kalau kau pakai make up sekali pun muka kau tetap buruk
2. Tak payah nak berlagak alim sangat la, tutup sana sini .... kau tetap ada dosa
3. Eh, weh kulit tangan kau tu mengelikan aku la ...aku tak nak la kawan dengan kau
kau macam penyakit hiv and aids je
4.Weh hirau kan dia la, aku tak nak kawan dengan dia.... pinggirkan dia la
5. Minah tudung macam kau ni tak payah nak nasihat kitaorang suruh tutup aurat la .... pahala dosa masing2
6.Orang mengata betul2 belakang aku
7.Caci maki pasal penampilan aku
*Ini la situasi2 yang aku lalui walaupun tak semua disenarai kan tapi cuba bayangkan bila korang disituasi aku mesti korang dapat rasa kan tapi aku tahu kebanyakkan perempuan macam aku mesti kena situasi macam ni
aku hanya mampu diam kan diri je kerana aku bukan jenis yang balas membalas kata2 orang, kalau balas mesti jadi pergaduhan and pergaduhan la yang paling aku tak suka, memang teramat tak suka tu sebab aku suka diam je.....Diam bukan bermaksud lemah kan
1.aku admit memang aku tak secantik dimata lelaki2 didunia ni tapi aku tahu aku cantik dimata tuhan kerana tuhan yang mencipta aku....
2.aku admit memang aku tak sepenuh nya alim dan aku tahu aku ada dosa
3.aku admit aku ada masalah kulit, tapi kulit aku tu memang since kecik dah ada....tak berjangkit dekat kulit korang, tuhan yang jadi kan aku mcm ni....
4.aku admit memang aku pendiam tapi korang jangan ingat aku tak ada perasaan bila korang buat semua tu
5.aku nasihat sikit pun tak boleh ke, aku nasihat kerana aku tak nak kaum2 hawa seperti korang terseksa nanti....aku harap korang ikut la nasihat aku sebelum menyesal
6. aku admit memang korang suka mengata mcm2 pasal aku tapi kalau nak cakp biar la jangan betul2 dkt belakang aku....
7. aku admit penampilan aku tak mcm korang yang tak berapa cukup kain, aku pakai pe yang aku selesa dan yang cukup kain
Oh well aku dah maafkan dh semua orang, tangisan yang aku telah buang banyak2 tu harap aku akan menjadi kan mimpi hidup realiti aku je and aku harap jangan la nak cakap macam2 dkt orang lain...
check diri kita sendiri dulu....... aku admit aku tak perfect dan aku akan ubah sikit2 diri aku untuk jadi yang terbaik
sekian itu sahaja :) .
No comments:
Post a Comment