Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011

Assalamualaikum :)


OK sekarang last day for 2011, well tahun ni aku form 4 kira nya boleh la main2 sikit
2011 memang banyak kenangan dalam hidup aku
kenangan pahit,masam, manis ,gembira,sedih dan macam2 lagi la memang semua ada la

tapi today it's the last day for 2011
hmm bagi aku la 2011 ni hidup aku penuh kesedihan je tapi aku redha kerana semua telah ditetap kan oleh yang Tuhan yang maha esa.... tahun yang paling aku banyak menangis kot .....
well semua dah berlaku kan.... tahun 2012 aku akan kuat kan lagi semangat aku untuk menempuhi dugaan yang lebih banyak lagi2 aku budak SPM tahun 2012.... hehe

Well tadi kenangan paling sedih, sekarang kenangan paling gembira...hmm aku rasa kenangan paling gembira bila aku masuk Colour of 1 Malaysia....memang aku ni pemalu tapi ada niat nak menari hehe ,
aku sanggup ketepikan malu aku tu sebab acara Colour tu hehe

memang best taw....well colour tu acara sekolah memang la boleh msauk tapi terhad la
banyak jugak yang masuk ......
Well tahun 2011 abang aku dh tak duduk rumah, yela masuk UITM, dan 2011 pula paling banyak kucing aku mati....

memang banyak dugaan kan, aku dipinggirkan, aku dihina dan macam2 lagi la
aku harap 2012 aku akan kuat kan semangat aku untuk hadapi ....

Hmm aku sekarang dah 10.32pm , lagi 1jam setengah je nak new year

well kawasan rumah aku ni bukan leh nampak pun firework tu...dengar je la macam tahun-tahun yang lepas....
Well sesiapa yang baca Selamat Tahun Baru, Moga anda dirahmati tuhan dan jangan lupa azam tahun baru OK :D

Sekian,
Assalamualaikum

Friday, December 30, 2011

Group KakiLike di facebook

Assalamualaikum korang :)


Hari ni aku nak cerita sikit pasal Geng2 KakiLike dekat fb, geng dkt group tu memang sporting lah...
like je kerja dorang nama pun KakiLike kan....tu yang aku suka sebab aku pun KakiLike
Lagipun kalau aku post dekat status aku sendiri maybe 4,5 orang je like mana tak nya orang like budak yang HOT je ....biasa nya perempuan la

memang aku suka la geng KakiLike dkt fb aku ni, pantang update status je .....wah berlambak like ^^ suka2
aku pun Like status dorang jugak kan .....
Kalau takat dkt wall home aku tu..... hmm perempuan the TOP je dpt byk like
tapi apa yang diheran kan.....

aku sayang sangat2 dekat geng KakiLike..... Muaah :*  hehe *  alamak terover pulak *

Sekian :D

Kemaafan ku terhadap dirimu

Assalamaualaikum semua,

Sebenarnya aku ni jarang menulis blog, blog aku tak sehebat blog korang tapi aku harap korang sudi membaca
Tajuk yang aku tulis tu ialah pasal maaf yang telah aku maaf kan


Hmm korang mesti pernah gaduh kan, tak kira la gaduh macam mana sekali pun...sampai gunung berapi pun turut join pergaduhan korang aku harap korang saling maaf- maaf la ok..tak mau la gaduh2 :)

Aku nak cerita pasal orang yang telah aku maafkan, tak kira la Family,Sedara ,kawan2 dan orang yang mengenali aku la.... aku mesti memaafkan orang tu walaupun orang tu jahat sekali pun .....

Kisah hidup aku ni memang penuh drama, aku rasa la kan kalau aku buat drama entah berapa part pon aku tak tentu habis aku rasa
hehe aku tahu ramai yang dah menyakit kan hati aku dan aku tahu aku pun dah menyakitkan hati orang lain
tapi aku telah memaafkan segalanya yang orang buat dekat aku macam SITUASI2 dkt bawah :

Situasi2 yang aku tulis dkt bawah ni apa yang orang pernah cakap dekat aku


Situasi2 aku

1. Weh muka kau ni huduh la, kalau kau pakai make up sekali pun muka kau tetap buruk

2. Tak payah nak berlagak alim sangat la, tutup sana sini .... kau tetap ada dosa

3. Eh, weh kulit tangan kau tu mengelikan aku la ...aku tak nak la kawan dengan kau
    kau macam penyakit hiv and aids je

4.Weh hirau kan dia la, aku tak nak kawan dengan dia.... pinggirkan dia la

5. Minah tudung macam kau ni tak payah nak nasihat kitaorang suruh tutup aurat la .... pahala dosa masing2

6.Orang mengata betul2 belakang aku

7.Caci maki pasal penampilan aku


*Ini la situasi2 yang aku lalui walaupun tak semua disenarai kan tapi cuba bayangkan bila korang disituasi aku mesti korang dapat rasa kan tapi aku tahu kebanyakkan perempuan macam aku mesti kena situasi macam ni
aku hanya mampu diam kan diri je kerana aku bukan jenis yang balas membalas kata2 orang, kalau balas mesti jadi pergaduhan and pergaduhan la yang paling aku tak suka, memang teramat tak suka tu sebab aku suka diam je.....Diam bukan bermaksud lemah kan

1.aku admit memang aku tak secantik dimata lelaki2 didunia ni tapi aku tahu aku cantik dimata tuhan kerana tuhan yang mencipta aku....

2
.aku admit memang aku tak sepenuh nya alim dan aku tahu aku ada dosa

3.
aku admit aku ada masalah kulit, tapi kulit aku tu memang since kecik dah ada....tak berjangkit dekat kulit  korang, tuhan yang jadi kan aku mcm ni....

4.
aku admit memang aku pendiam tapi korang jangan ingat aku tak ada perasaan bila korang buat semua tu

5
.aku nasihat sikit pun tak boleh ke, aku nasihat kerana aku tak nak kaum2 hawa seperti korang terseksa nanti....aku harap korang ikut la nasihat aku sebelum menyesal

6.
aku admit memang korang suka mengata mcm2 pasal aku tapi kalau nak cakp biar la jangan betul2 dkt belakang aku....

7.
aku admit penampilan aku tak mcm korang yang tak berapa cukup kain, aku pakai pe yang aku selesa dan yang cukup kain


Oh well aku dah maafkan dh semua orang, tangisan yang aku telah buang banyak2 tu harap aku akan menjadi kan mimpi hidup realiti aku je and aku harap jangan la nak cakap macam2 dkt orang lain...
check diri kita sendiri dulu....... aku admit aku tak perfect  dan aku akan ubah sikit2 diri aku untuk jadi yang terbaik

sekian itu sahaja   :)     .

Kematian

Assalamualaikum semua

hari ni aku nak cerita pasal kematian, hmm kematian memang ku yakin ia berlaku pada semua orang
tak akan ada seorang pun akan terlepas dari kematian

Hmm kenapa aku buat tajuk kematian eh --? , kepala aku ni tiba2 teringat pulak pasal mati....
kadang2 bila teringat pasal mati ni kan badan aku mengeletar satu badan memang rasa takut
aku rasa takut kerana aku tahu aku bayak buat salah dekat dunia ni, memang banyak sampai tak terkira la
bila orang cerita kan pasal seksaan dekat akhirat nya memang korang sendiri tahu perasaan korang time tu

Hmm semenjak dua menjak ni aku selalu mimpi aku mati je .... macam2 la tapi yang pasti dalam mimpi aku tu mesti aku mati punya la -- kadang2 jatuh katil kot *kenyataan*
Bila aku tengok cerita pasal mati ni, kepala aku ni asyik pikir macam mana rasa mati nanti... bagaimana diseksa nanti YA ALLAH memang aku tak terkata bila pikir semua ni

2012 bakal datang, aku akan berazam nak ubah perangai dulu aku kepada perangai yang elok2
aku akan ubah sedikit demi sedikit.....

Aku berterima kasih kepada Allah yang maha kuasa kerana telah memanjangkan nyawa aku sehingga umur aku 16 tahun *pada tahun 2011* memang aku bertuah dapat duduk lama dekat dunia ni.....

Kematian sentiasa aku pikirkan dikepala, aku perlu bersedia apa yang bakal hadapi pada hari kelak kerana aku tahu nyawa aku bakal ditarik pada bila2 masa je

Terima Kasih kerana membaca *walaupun tunggang terbalik cerita yang aku cerita ni* harap korang paham apa yang aku sampai kan ni

Thursday, December 29, 2011

Keluarga ku :) part 1

Assalamualaikum semua,
Sihat kah anda semua,

saya nak cerita pasal family saya...Ok begini cerita nya bermula,
Ayah ku seorang yang garang  tapi beliau seorang yang baik hati
manakala mak saya pula seorang yang amat penyayang dan ada ciri seorang ibu
dan saya mempunyai seorang abang dan dua adik perempuan semua * 4 adik beradik termasuk saya :) *

Walaupun ayah ku seorang garang tapi ayah ku sanggup menhabiskan masa walaupun sibuk kerja & belajar dan wang ringgit beliau kerana ingin membeli barang yang ku hajati, walaupun tak semua barang yang saya minta akan dapat tapi saya tahu suatu hari nanti saya akan dapat walaupun dah ketinggalan zaman ^^

Mak saya pula memang cantik orang nya, dia pandai masak dan macam saya cakap la , ada ciri2 seorang ibu
beliau kerja pagi,petang siang malam ...kira 24 jam * istilah saya la* kerana mak saya ni tak reti nak berehat ada je kerja yang nak dibuat tapi apakan daya beliau mencari rezeki buat anak-anak nya sama seperti ayah ku

Abang ku pula paling jarang saya layan, time kecik2 dulu memang rapat tapi bila besar ni jarang nak bercakap entah kenapa * den tak tahu la* tapi kitaorang still bercakap bukan tak cakap langsung ye
abang aku ni memang seorang yang kedekut dalam segala benda tapi one day dia belanja kitaorang makan Pizza hut & chocolate cadbury  memang alamak *terkejut satu family* hehe yela orang paling kedekut yang kedua dalam family saya ni boleh belanja makan :)


OK ni adik saya yang paling kelakar dalam family, bila dia buka mulut ada je benda yang mengelikan hati kitaorang, seriously memang dia photogenic tangkap gambar semua lawa tak kira buat muka hodoh sekali pun still nampak lawa + kelakar hehe tapi ada masa nya memang dia ada mood2 tertentu dalam setiap hari..
kalau mood tak ok memang berpakaian macam kak limah la sepanjang hari & mengamuk dan marah2

dan adik ku yang bongsu la yang paling comel, kiut miut dalam keluarga ku....mulut pun lebih kiut miut *perli*
hehe adik ku yang sorang ni selalu la jadi geng dengan adik ku yang sorang tu....tak ada dorang dua sunyi tau...dorang la ceria kan family saya.... tapi adik ku yang bongsu ni orang memang kalau orang tanya dia ,dia jawab macam pergh memang tak sangka la jawapan tu keluar dari mulut si kecik tu

kalau saya la , saya ni seorang pendiam dalam keluarga saya* JUJUR*, jarang bergaul dengan orang...saya orang yang kalau buat seni mesti kena buat sampai puas hati punya la, tak kira buat banyak kali asal kan hati ni puas ^^  haha memang penat la... if kecewa memang rasa kecewa gila3 betul la....

haha nanti kita sambung cerita family saya ok ^^

Thursday, December 8, 2011

Lakukan 10 tips meraih kebahagiaan

1.  Duduk sambil beristighfar pada waktu sahur:
...dan orang-orang yang memohon ampun di waktu sahur.(Ali-`Imran:17)

2.  Menyendiri untuk bertafakhur:
...dan mereka bertafakhur tentang penciptaan langit dan bumi....(Ali-`Imran:191)

3.  Menjalin hubungan dengan orang-orang soleh:
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru TuhanNya...(Al-Kahfi:28)

4.  
Perbanyakkanlah Berzikir:
...berzikirlah kalian (dengan menyebut nama Allah), sebanyak-banyaknya.(Al-Ahzab:41)

5.  
Melakukan solat sunat dua rakkat dengan khusyuk:
Iaitu orang-orang yang melaksanakan solat dengan khusyuk. (Al-Mu'minun:2)

6.  
Bacalah Al-Qur'an dan renungkanlah isinya:
Apakah mereka tidak mahu mentadabburi (menghayati isi) Al-Qur'an... (An-Nisa':28)

7.  Berpuasa sunatlah walaupun pada hari yang sangat panas:
Ia meninggalkakn makanan,minuman dan syahwatnya kerana Aku. (Al-Hadith)

8.  Bersedekahlah secara sembunyi-sembunyi:
Hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya. (Al-Hadith)

9.  Meringankan beban seorang muslim yang sedang dalam kesulitan:
Barang siapa meringankan kesusahan seorang muslim di dunia, maka Allah akan membebaskan kesulitanNya kelak di hari Kiamat. (Al-Hadith)

10. Usaha menjalani hidup didunia dengan zuhud:
Sedangkan kehidupan akhirat itu jauh lebih baik dan lebih kekal. (Al-A'la:17)

Wednesday, December 7, 2011

Jangan Bersedih,Tanyalah dirimu Sendiri tentang Hari Ini,Kelmarin dan Esok

Assalamualaikum semua,

Tutuplah pintu besi masa lalu dan masa depan,dan hiduplah dalam detik-detik hari ini.

1.Apakah saya akan menunda kehidupan hari ini kerana takut akan hari esok atau kerana harapan kebun indah di esok hari?

2.Apakah saya harus menjadikan hari ini menjadi sedemikian getir dengan membayangkan hal-hal yang telah terjadi di masa lalu, yang telah lapuk bersama dengan berlalunya waktu dan zaman?

3.Apakah saat bangun di pagi hari, saya telah bertekad untuk menggunakan sebaik-baiknya hari ini dan mengambil faedah yang sebesar-besarnya dari waktu yang hanya berjumlah 24jam ke depan?

4.Apakah saya mampu mengambil faedah dari rangkaian detik demi detik dalam kehidupan hari ini?

5.Bila saya akan mulai melakukan itu semua? Mingggu depan? Esok? atau Hari ini?

Tuesday, December 6, 2011

Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya

Assalamualaikum semua,





Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah An-Nahl,ayat 1 :

...sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan....

Oleh kerana itu,janganlah anda mendahului sesuatu yang belum menjadi!
Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan anda sebelum waktunya dilahirkan atau memetik buah-buahan sebelum masak? Hari esok belum nyata, belum berwujud dan tidak memiliki rasa dan warna.
Mengapa kita menyibukkan diri dengan hari esok,memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpa, meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya? Bukan kah kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengannya ataupun tidak, dan apakah hari esok kita itu akan berwujud kesenangan atau kesedihan?

Yang jelas, hari esok masih ada dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi.Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai di atas nya.Sebab siapa yang tahu bahawa kita akan samapai atau tidak pada jambatan itu? Boleh jadi kita akan terhenti jalan sebelum samapai ke jambatan itu, atau mungkin pula jambatan itu hanyut terbawa arus, kita kan sampai pada jambatan itu dan kemudian menyeberanginya.

Namun kebanyakkan manusia di dunia ini jesteru banyak yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan, kemiskinan,wabak penyakit dan krisis ekonomi yang khabarnya menimpa mereka.Padahal semua itu hanyalah sebahagian dari kurikulum yang diajarkan si "SEKOLAH2 SYAITAN"

"Syaitan-syaitan itu menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan(jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan keji (bersifat bakhil,kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu(dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurnianNya
(Al Baqarah:268)

Colours Of 1Malaysia (part 2 > time form4 )

Assalamualaikum Semua,
Kalau hari tu korang dh tengok yang Part 1 punya
Yang ni pulak Part 2 :D

Ok kalau Part 1 Tarian SabahSarawak & Dikir Barat , Part 2 pula Tarian Sewang Dan Zapin

Well ni time saya Form4(2011), persembahan tu ditempat yang sama > Dataran Merdeka

OK secara ringkas nya la korang tengok dkat bwah ni la ok ^ ^

Di time Dapat Baju



Time Make Up
(kali ni Make up sendiri sebab Kelam kabut dan cikgu tak cukup tangan nak buat semua )
Hehe entah sapa tangkap ni pon tak tahuu


Time Show




NI time dh Finale







Ni video Sewang



Bawah ni Video Zapin, (saya ada dalam tu hehehe )



NI yang cikgu pula yang buat



Hah korang nampak tak Kak Ayu yang dari   Bounce Stepperz tu
(tengok sebelah kanan dalm video ni)

Hehe
Cikgu yang ajar kitaorang Kali ni ialah  Abang raziff/ Abg ayie jgak


Thanks sesapa yang tengok niU follow , I follow

Colours Of 1Malaysia (part 1 > time form3 )

Assalamualaikum,
Well berdasarkan tajuk di atas tu ....
Ia merupakan kenangan paling saya tak kan Lupa
COLOUR OF 1Malaysia merupakan persembahan kebudayaan yang dianjurkan oleh Kementerian
Pelancongan sebagai sebahagian mempromosikan Malaysia kepada dunia. Buat Di Dataran Merdeka.
Well singkatan saya panggil "COLOURS"

Saya menyertai COLOURS ni time Form3 & form4
Maybe sesetengah sekolah dorang yang terpilih tahu pasal COLOURS ni :D


well Time form3 saya masuk kumpulan etnik for sabah & Sarawak (merujuk pada gambar dibawah)

Show: 25May2010


Time Latihan dekat PWTC





Ni cikgu2 tarian yang buat

ok ni gmbr time baru dapat baju....(dapat baju time 3 hari sebelum show)



Tadaaaa!!! well baju ni besar so korang boleh tengok badan saya gemuk tu HEHEH


Ok Ni pulak gambar time Sebelum Show (kira2 Lepas Asar)

Tengah makeup2


Hehe Cikgu make up kan time ni :P

Ok NI Dah dekat Dataran Merdeka ( Showtime : Start lebih kurang pukul 9 -_- klu tak salah saya)



Ni Penari Dari Sabah & Sarawak (tengah rehat2)^^




Ka atas ni video kita orang buat persembahan :D


Ni Lepas Dah habis kitaorang buat 3show(3 tempat yang berlainan) dan nak masuk ke khemah pulak


Hah korang boleh nampak saya buat peace tu (saya first time pakai selendang tu) :P

Video bawah ni tarian finale untuk penutupan COLOURS


Kitaorang Buat the largest DIKIR BARAT (5500 orang perserta)

NAnti saya sambung ok yang Part2 punya (Y)
time saya Form4 pulak


Cikgu yang ajar kitaorang Adalah

Abg Raziff/ Abang ayie (yang menang MARI MENARI)


Kak ayu (BounceStepperz)


Tuan Ini Punya Blog

Assalamualaikum Semua,

Thanks bebanyak sesiapa yang menyinggah ke blog saya ni
Saya still belajar cara menggunakan blog ni,
If ada bahasa kasar atau gambar yang tidak menselesakan diri anda ketika tengok blog ni
Harap Maaf nya......


Komen anda amat dihargai (sesiapa yang komen la)

Well ni gmbar saya, original me ^^



well u all boleh tengok link dekat gmbr tu .....
Saya punya Fb & blogger nye link
If ada selain daripada dua tu BUKAN HAK MILIK SAYA :D


Harap maklum :D
Thanks sebab datang ke Blogger saya yang sederhana ni ^^

U follow, I follow balik

Monday, December 5, 2011

KERANA FACEBOOK

Ini angkara FACEBOOK!!! well maybe sesetengah orang je







Kerana facebook : Daripada Kawan Bertukar Musuh

Kerana facebook : Couple Boleh Gaduh Sebab Cemburu

Kerana facebook : Pasangan Couple Boleh Berpisah ... ...

Kerana facebook : Hidup Boleh Diperbodohkan

Kerana facebook : Kawan Lupa Kawan

Kerana facebook : Kita Boleh Perbodohkan Orang & kwn

Kerana facebook : Kita Menipu Diri Sendiri

Kerana facebook : Kita Tertipu

Kerana facebook : Wujudnya Adik-Beradik Angkat

Kerana facebook : Kita Menjadi Gila Online FaceBook 24 Jam

Kerana facebook : Kita Tak Tidur & Tak Makan

Kerana facebook : S'seorang Itu LUPA DIRI Kononnya Diri Dah HOT!!



Sesetengah orang memang macam ni tapi tak semua

Harap maklum

Allah segalanya ♥

INI copy paste aje





Seth : Hai awak.. maaf sebab lambat..

Nora Elena : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?

Seth : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun..

Nora Elena : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau..

Seth : Awak... Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…

Nora Elena : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak..

Seth : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni?

Nora Elena : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin..

Seth : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas..

Nora Elena : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja.. Saya masih pakai tudung tau..

Seth : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak.

Nora Elena : Hmmm.. Yelaa...

Seth : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni..

Nora Elena : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti..

Seth : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke?

Nora Elena : Ermmm....

Seth : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni?

Nora Elena : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..

Seth : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je.

Nora Elena : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok!

Seth : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye?

Nora Elena : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!

Seth : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah.

Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka.

Nora Elena : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy!

Seth : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya..

Saya sayangkan awak, tapi..

Nora Elena : Tak payah nak tipu! (Nora terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Seth pada dirinya…)

Seth : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi…

Nora Elena : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Nora mula menitis di pipinya..)

Seth : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini.

Nora Elena : Saya sayang sangat kat awak.. (Nora mula mengesat air matanya…)

Seth : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita…

Nora Elena : Awak... Tak kesian kat saya ke?

Seth : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum...

(Seth melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Nora yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan Seth akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT)


Kawad orang Jepun ^^




Ok malam2 ni tiba-tiba kepala otak ni terpikir pasal kawad....
time tengah syok tengok budak sekolah saya kawad then entah macam mana terbuka video orang jepun kawad,
Ada satu part tu saya terkejut bila dorang buat........

minit 1:50 hingga 2:15 tak salah, memang kagum la, part tu je la saya suke ^^
tapi keseluruhan video tu memang very good, kemas je barisan dorang dan sharp la bila dorang buat

Bukan nak membangga kan kawad orang jepun ni tapi kalau kita ada semangat berpasukan apa apa pon boleh buat kan, nak buat kawad macam dorang pon boleh 


Mai3 tengok video ni 





Freestyle Dance Performance (Korea:PREPIX)

Ok Kali ni Kita tengok video pulak
Bagi lelaki yang minat menari ni berminat and mesti korang pernah tengok kan Kalau belum boleh la tengok ^^

Dorang semua ni Dari Korea dan menari freestyle mcm Tajuk dekat ats tu hehe ^^




Memang best kan tengok dorang menari (Y)

Kenapa awak berubah ? saya rindu awak yang dulu

Setiap lelaki dan perempuan mesti akan menitis air mata kerana hubungan mereka putus
Mana tak nya kalau salah seorang buat salah atau dua-dua buat hal tapi tak nak mengaku kalah
Ego kata kan......

so bila dh putus, hati mula meronta2 dan menangis sampai jadi tak betul pun ada....Hingga sampai bunuh diri lagi ( ish ish ish, orang islam tak baik buat mcm tu tak masuk syurga taw..even bau syurga pon tak dapat)

hah renung2 kan la ok



Kalau yang seronok bercinta mesti ada memories sama2 kan


macam dalam gambar bawah ni, time bersama2..... tengok senyum sampai ketelinga( kalau sampai la hehe)




Setiap orang akan berubah so terima la dengan seadanya ......
Walaupun anda rindu perangai dulu orang itu

Baby & Kucing tidur bersama...

HAhah ni mai tengok Si baby and SI kucing montel tidur bersama
Gaya pon mcam lebih kurang je


Comel kan


I will always love You. You taught me how to love, but not how to stop






Boy:I broke up with her.

His Best Friend:What happened?

Boy:She's just too much for me.

His Best Friend:What makes you say that? What did she do wrong?

Boy:Well,...for one.. She only cared about her appearance. Always had to look good,
always took forever to get dressed! So insecure..

His Best Friend:So, you broke her heart because she wanted to keep your eyes locked on her?
She wanted you to see that you have the prettiest girl under your sleeve and not think otherwise? I see..

Boy:Oh.. Well.. She often call me or text me asking where I am, who I'm with, telling
me not to smoke, not to drink. She's so clingy!

His Best Friend:So,you broke her heart because she cares about your well being? Because she
cares about you a lot? And her greatest fear is losing you. I see..

Boy:But.. Uhh.. Well, she always cry when I say something slightly mean.
She can’t handle anything. She's a crybaby!

His Best Friend:So, you broke her heart because she has feelings? And because she just
wanted to hear you say you love her? I see..

Boy:I.. Well! You know,
she’d get jealous easily. I could barely talk to other girls! She’s so
annoying! I had to hide it from her.

His Best Friend:So, you broke her heart because she just wanted you to commit to her?
She thought you
were faithful, but you lied so she could find out later and hurt even
more? She just wanted the guy she loves the most to love only her. I see..

Boy:Well, she..

His Best Friend:You broke up with her because she's good for you?
She just wanted the best for you? She's broken now because you were selfish.
Are you proud?

Boy:I broke her heart.. Because I couldn’t see what was happening..
What happened to me?

His Best Friend:You lost the girl that loved you like no one else could.
You see? You didn't want her when all she ever wanted was you.
THAT’S what happened..
-----------------------------------------
Think Twice Before u gonna hav a BRK up wd ur loved once... !
coz it may HURT u later ....

I will always love You. You taught me how to love, but not how to stop

Ni Orang Zaman sekarang

Assalamualaikum.. Nak cakap pasal orang zaman sekarang



(gambar ni hanya hiasan saja)


Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI.
Bila jadi baik, ORANG MELUAT.
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM.
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH. APA LAH NAK JADI. NAK KIAMAT KOT?" ...
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA.
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAK ADAMASA DEPAN.
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS.
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR.
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILER'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free.
Ni la dunia sekarang ,Mulut orang macam-macam.

Renung-renungkan lah ye semua.

Terima Kasih.

Athena: Goddess of War



Athena: Goddess of War (아테나: 전쟁의 여신) is a South Korean espionage television drama series broadcast by SBS in 2010 and a spin-off of 2009's Iris. After having been budgeted at 20 billion won ($17 million USD) like its predecessor, the two series have become the most expensive Korean dramas ever produced.


Genre: Action,Romance,Thriller

Starring :Jung Woo-sung,Cha Seung-won,Soo Ae,Lee Ji-ah,Kim Min-jong,Choi Si-won


Choi siwon (super junior Ada dalam cerita ni)

Cerita ini tengook iklan pun dh memang ternanti2 la nak tengok, cerita tembak2 *bang3* haha
well saya ni memang suka tengok pelbagai genre punya cerita....
tapi cerita ini memang seriously mantap la , memang banyak pengkhianatan, spy2 senyap2 woooh gempak la :D * sorry for over reaction*

Haha cerita ni Dh keluar tahun lepas lagi tapi tengok lagi dekat One HD ^^

Scent of A woman

Saya tengah Syok tgok cerita korea yang bertajuk Scent of a woman ni Synopsis dia

A woman, Lee Yeon Jae, is given the grim prognosis that she only has a short time left to live. She decides to quit her job at a travel agency and live her life to the fullest.

Cast

Kim Sun Ah as Lee Yeon Jae
Lee Dong Wook as Kang Ji Wook
Uhm Ki Joon as Chae Eun Suk
Seo Hyo Rim as Im Se Kyung



Cerita ini memang best tengok, perempuan ni punya perangai macam kartun je tengok ...ada la part2 yang kelakar kan hehe mula2 tengok sorang2 je yela family semua tak layan cerita korean ni tapi bila dah ep kelima dan seterusnya my mama, adik2 pun join tengok....hehe memang best tengok cerita ni tapi part paling geram bila lelaki tu cium perempuan tu Ooooooh tidaaaaak , >< sakit nya hati tengok hehe berlakun memang camtu tak cium memang tak sah -.-"

Saya tengok dekat One HD channel 393 ASTRO setiap Hari Rabu dan Khamis Malam Pukul 21:10 pm hehe

Saya Dan Si Dia

Assalamualaikum Semua,

tentang Saya dan si dia <3 Iaitu orang yang ketiga bagi saya .... heheh (bukan orang ketiga yg merosak kan hbgan ye) kerana no1 adalah Tuhan saya, no2 adalah family saya So si dia ni no3 NI gmbr si dia saya




Dia seorang yang baik , rajin and dengar cakap bukan macam ex2 saya (ex saya baik dkt lain pula) .....
Dia penyayang , selalu sms hingga tengah malam la kira nya, sanggup topup kan saya walaupun dilarang
Ni first time dpt BF mcm ni ....dia dengar cakap saya selalu tapi saya selalu tak dengar cakap hehe
Saya degil sikit bab2 nak dengar cakap, Dia sembahyang dekat masjid time tu yang buat saya suka sangat dekat dia dan dia sanggup ubah perangai dia untuk saya

awak3,saya sayang awak, saya harap hubungan kita berkekalan...
awak3 thanks sebab topup kan saya dan bagi hadiah macam2 .....
awak jangan lupa makan ubat supaya awak sihat3 taw....
saya selalu doa dekat awak lepas saya doa kan dekat family saya
Awak saya minta maaf kalau selalu marah2 dekat awak tapi saya tahu awak sentiasa maafkan saya

Walaupun kita tak boleh jumpa lagi, nanti kita jumpa ok, don't worry2
yang penting tahun depan kita dua2 SPM (2012) , so kita study2 dan dapat keputusan cemerlang for our SPM ok baru kita jumpa

hubungan kami start pada 12/8